Saturday, 31 December 2011

Lari Berpagar

Lari Berpagar antara acara wajib setiap kali Kejohanan Olahraga diadakan. Apa itu lari berpagar lari berpagar boleh dikatakan sebagai lari pecut melepasi halangan -halangan yang disediakan di trek. Ianya dipertandingkan mengikut kategori iaitu 100meter( wanita ) 110meter(lelaki) tapi kita juga boleh mengadakan pertandingan bagi 55meter , 75 meter atau 80 meter di sekolah untuk mempopularkan acara ini kepada murid sekolah.
.
Kemahiran Lari Berpagar 

  • Acara ini memerlukan kepantasan belari .
  •  Kelincinan (RITMA) berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama.
  • Perlu mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki.
  • Perlu mempunyai daya kelenturan badan yang baik. 
Sebelum kita menyuruh anak murid kita melakukan acara ini. Jangan terus disuruh lari lompat pagar seperti gambar diatas kerana budak mungkin yang belum biasa dan takut apabila melihat pagar tersebut. Lebih molek atau elok jika kita mulakan dengan ansur maju untuk memberi keyakinan kepada anak-anak murid kita terlebih dahulu.
Anda boleh lihat cara ansur maju yang boleh dijalankan disekolah dengan klick link dibawah:

http://www.slideshare.net/kamarulNzam/unsur-maju-lariberpagar

tapi ini hanya cadangan para guru boleh mengunakan imaginasi dan kreatifiti tersendiri untuk menjayakan langkah ansur maju ini.